Sunday, November 29, 2009

" dik, pakai selipar..kalo tak nanti cacing masuk ikut kaki.. "


huh nie 1st time nk tulis berkenaan medic sket..hee..so da baca tajuk artikel nie??..haha...pernahkah mama anda cakap camtu kat anda mase kecik2 dulu?...tak pon anda sendri pernah pesan kat adik2 anda camtu (emm terasa rindu plk dengan zaman kanak2 dlu..sonoknye!!)...

ya memang betol, cacing boley masuk ikut kaki...bukan kakije tapi kulit jugak...sebabtu mama selalu pesan jgn main pasir, kotor!!!...haha...mesti seme tertanya2..cacing ape?? mcamana dia masuk??...da masuk dlm bdan dia wat ape??...nnti dapat sakit apa??..nak ubat n cegah camane??..baiklah aku akan cuba terangkannya sebaik mungkin dengan memberi beberapa contoh..hee (huh 1st time nie...training, nt snang nk explain kat patient hee..)

cacing ape??
dalam group nematod ( > 90% berada dalam tanah/pasir dan dipanggil helminth )...terdapat pelbagai jenis..antaranya roundworm, pinworm, hookworm, dan threadworm dan cacing dalam group hookworm ( Ancylostoma duodenale, Necator enterobius )dan threadworm ( Strongyloides stercoralis) yang boleh masuk melalui kulit..dan yang lain masuk melalui makanan yang tercemar (makann yg jatuh atas tanah dikutip dan dimakan..hee besela budak2) ataupon dengan tak basuh tangan sebelom makan lepas main pasir.

macamana dia masuk?? dan dalam badan dia wat ape??
bagi jawab soalan2 nie, dengan mengambil contoh hookworm, aku ringkaskan seperti berikut :


pasir/tanah -> peringkat filariform/larva (salah satu peringkat kitar hidup hookworm)
-> melekat pada kulit -> penetrate kulit (mempunyai ciri seperti ventral teeth, dan glycolitic enzyme) -> masuk ke dalam salur darah -> menerusi aliran darah (aliran sistemik), ianya dibawa ke jantung kanan -> memasuki aliran pulmonari dan dibawa ke alveolus (pari-paru) -> larva kemudian penetrate salur darah dan memasuki alveolus -> bergerak ke brokus, trakea dan faring -> memasuki saluran GI (gastrointestinal tract/gastrousus) semasa air liur ditelan -> melekat pada dinding usus (biasanya bahagian usus kecil) -> membesar menjadi cacing dewasa -> cacing betina bertelur dan telur dolepaskan bersama2 dgn tinja

nanti dapat sakit apa??
semasa larva penetrate kulit- gatal2 (sebagai reaksi alergi), bintik2 merah (disebabkan kecederaan salur darah)

fasa migrasi - simptom pulmonari (batuk, kahak, sesak nafas)

semua nie jika tak dirawat dengan cepat akan menyebabkan antaranya:
1) sindrom Loeffler- simptom pulmonari, chest x-ray menunjukkan paru2 mengecil dari normal atau berlaku edema di paru2
2) fasa usus- loya, muntah2, cirit birit, sakit perut (abdominal pain)
3) iron deficiency anemia - kehilangan plasma protein, dan juga hookworm boleh menghisap darah ( A.duodenale sucks blood > N.americanus)

nak ubat dan cegah camane???

bese kalo g klinik, doc akan bagi ubat cacing ( Albendazole -nama brand ALBENZA, Mebendazole atau nama lain VERMOX ) ubat2 nie dapat elak dari larva td melekat pada dinding usus, seterusnya mengelakkannya daripada membesar dan bertelur..

cara nak cegah pulak..utamakan kebersihan ye...
jgnla main2 pasir2 kotortu..pesan kat adik2 ye, pakai selipar/kasut, jgn kaki ayam, nak makan basuh tangan, masak makanan betul2, sayur (tanam kat tanah) basuh betol2, daging (kalo orang boleh kene xkan lembu, kambing xboley hee..) masak betul2...ok...
mencegah lebuh baik daripada mengubat...so dgn maklumat yg tak seberapa nie..mudah2an dapt kita cegah ye....tq


Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”

Riwayat al-lmam Muslim


No comments:

Post a Comment