Saturday, November 28, 2009

ISLAM sekadar PERHIASAN???


pernahkah kita terfikir bahawa islam hari nie dilihat sebagai satu perhiasan, dilihat indah pada mata kasar...lihatlah beberapa contoh nie...

1) ayat2 al-quran dlm bntuk khat banyak diframekan dan digantung pada dinding sebagai perhiasan rumah2 pejabat2 tempat kerja dan sebagainya, serta ianya diajadikan ringtone hp..........tetapi lagi indah jika ayat2 nie dibaca, difahami dan diamalkan sehingga mampu membimbing kita menuju redha ILAHI....


2) masjid hari nie didirikan dengan cukup gah, penuh keseniaan dan keindahan (masjid besi putrajaya, msjid kristal dll) dan bilangannya terus bertambah dan bertambah hinggakan di tempat yang tidak ada penduduk bermastautinpon didirikan masjid (sbgai contoh masjid kristal)...............tapi lagi indah jika masjid2 ini diimarahkan (sebagaimana solat jumaat, raya) dan bukannya kosong dan hanya yg ada adalah pak imam, bilal dan org2 tua, ustaz2, kadang2 ajk masjid sendripon belum tentu nmpak batang hidung...untuk apa dijadikan cantik2, nampak gah dengan kos yang tinggi..jika hanya sekadar mahu orang bergambar dgnnya!!...dan pembinaan masjid yg gah tetapi malangnya tidak diimarahkan adalah salah satu daripada tanda2 kecil kiamat!!!......


3) baru2 nie terbaca artikel yg isteri PM mahu mempromosikan busana muslimah kepada isteri presiden US semasa lawatan kerja PM ke AMERIKA, ya memang betul banyak sekali fesyen2 terbaru bkan saja dari design tapi juga kesesuaian si pemakai juga (mengambil pengalaman daripada membeli tudung, rambang mata jadinya ).........tapi lagi indah jika yang dipromosikan adalah akhlak dan sopan santun muslimah itu sendiri kerana melihat kepada MUSLIM sekarang da makin terhakis akhlak, identiti, kesantunan mereka (baca sebagai pakaiaan jolok mata, masalah sosial, jenayah, zina dll) dan bukan busana tu yg penting tp bagaimana kita menutup aurat itu yang paling penting (bukan je muslimah tapi juga muslimin), dan jika ini dapat diperjuangkan...akan melihatkan keindahan ISLAM yang sebenarnya..


4) setiap program hari nie biasanya dimulakan dengan bacaan doa, yela bagi merahmati program tu.........tetapi lagi indah jika dapat dihayati isi doa itu, supaya dapat menimbulka keinsafan dalam diri hadirin yang hadir, tapi nie tak, awal2 baca doa, tapi pastu g duk menyanyi, menari, duk campur2 laki ngan pompuan (program seperti sambutan merdeka, cirawarna, kejohanan sukan dll)...macamanala program nak dirahmati!!!...


cukup 4 contoh nie dulu...ayuh kita lihat balik dalam kehidupan yang kita lalui......apakah ISLAM itu sekadar PERHIASAN????.......

1 comment: