Tuesday, December 1, 2009

Asal kejadian yang hina...diangkat sebagai sebaik-baik ciptaan....


assalamuaalaikum seme yang melayani blog nie...da baca tajuk artikel nie??..so meh kite laayyyaannnn....

"..yang memperindahkan segala sesuatu yg DIA cipta dan memulai penciptaan manusia dari tanah, (7), kemudian DIA jadikan keturunannya dari saripati yang hina (air mani),(8), kemudian DIA menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-NYA ke dalam (tubuh)nya dan DIA jadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur,(9).."

surah as-sajadah : ayat 7-9


bagaimana ALLAH menceritakan asal kejadian manusia itu...kemudian fasa2 penciptaan...tetapi pada masa yang sama ALLAH juga kaitkan dengan rasa syukur kita kepadaNYA...KENAPA???

bagaimana dalam ayat ke 7 ALLAH menceritakan bahawa asal kejadian kita ini daripada tanah!!! tanah...tempat biak banyak parasit2 yang berbahaya, selain itu tanah juga kita lihat sebagai satu unsur yang kotor...sebagai contoh jika makann jatuh ke tanah adakah kita akan ambil balik dan makan??, jika pakaiaan kita kena tanah, adakah kita akan terus pakai atau kita akan tukar dengan yang baru??...tanah juga tempat di mana haiwan2 ternak 'melepaskan hajatnya'...ya itulah tanah!!!...
bagaimana ayat ke 8 ALLAH menyebut bahawa keturunan manusia itu daripada air mani...cuba kite fikir balik, apakah laluan yang diambil oleh air mani itu untuk disenyawakan denagn ovum bagi membentuk zigot dan seterusnya fetus??...secara anatominya, laluan air mana itu berkongsi laluan yang sama dengan laluan urin kita (laki2), ye laluan yg sama dengan urin kita...
ape yang aku dapat di sini...tidakkah begitu jijik, kotor dan hina penciptaan kita??....tetapi kenapa kita pada hari ini merasakan diri kita ini sangat 'mulia' dan 'bersih' sehinggakan kita lupa asal-usul kita seterusnya kita lupa erti syukur kita kepada ALLAH kerana telah mengangkat kita sebagai sebaik2 kejadian sebagaimana firmanNYA...

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

surah At-tin: ayat 4

bagaimana pula dalam ayat yang ke 9 ALLAH menceritakan peringkat dalam penciptaan manusia, bermula dengan memasukkan roh ke dalam diri kita, tanpa roh kita hanyalah sekadar satu jasad, yang boleh dikatakan patung sahaja, kemudian dijadikan pula pendengaran, penglihatan dan hati...pancaindera yang sangat penting...
hidup yang diberikan oleh ALLAH atas muka bumi ini, apa yang kita lakukan???...adakah kita menjadikan hidup kita nie sia2??..bagaimanakah kita menghabiskan masa hidup kita nie??....yang bagaimanakah kita mahu berhadapan dengan ALLAH jika ditanya dengan soalan2 seperti ini???...
pendengaran dikurniakan kepada kita, apa yang kita lakukan??...dengar gosip, fitnah, keburukan orang, penipuan????...ramai mana yang diantara kita gunakannya tuk mencari nasihat, peringatan, dan ilmu berguna serta kebesaran ALLAH???....
penglihatan dikurniakan kepada kita, apa yang kita lakukan??...lihat aurat, wat maksiat, meniru exam???...berapa yang membuka penglihatan mereka bagi melihat dan menghayati keindahan dan kebesaran ALLAH yang jelas terpampang???....
hati kita pula, bagaimana ianya digunakan??...adakah dengan mengisinya dengan titik2 hitam maksiat kita??..atau dengan rase cemburu, riak, perasangka buruk, dendam???...ataupon menggunakannya bagi mengenali dan menghayati kebesaran ALLAH supaya kita beriman dan bertaqwa sepenuhnya kepadaNYA???...
roh, pendengaran, penglihatan, dan hati....inilah pemberiaan oleh ALLAH yang amat bernilai, inilah yang mengangkat kita sebagai sebaik2 ciptaan....malangnya sangat sedikit mereka yang bersyukur dengan pemberianNYA ini....tanpa pemberian-pemberian ini kita nie sangat lemah..ya sangt lemah sebagaimana ALLAH berfirman..

"Dan manusia diciptakan dalam keadaan lemah"
Surah An-Nisa, 28



tetapi malangnya, sangat sedikit mereka yang besyukur...bukan sekadar menzahirkan dengan ucapan ALHAMDULILLAH..tetapi lebih dari itu, bagaimana kita menggunakan pemberian2 ALLAH ini untuk kita laksanakan tanggunjawab dalam mengabdikan diri kepada ALLAH....

" kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH..."

surah Ali-Imran, ayat 110

sehinggakan ALLAH memberi amaran dengan menghina seseorang itu sehina-hinanya serta hukuman dengan azab seksaan yang keras kepada mereka-meraka yang gagal menggunakan pemberian2 ini pada jalan yang betul sebagaimana firmanNYA....

" dan sesungguhnya, akan KAMI isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat ALLAH). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat daripada itu. Mereka itulah orang-orang yang berlengah..."
surah AL-A'raf, ayat 179


lihatlah...asal kejadian kita yang hina, jijik, kotor, tetapi ALLAH angkat sebagai sebaik-baik kejadian dengan mengurniakan hati, pendengaran, penglihatan...malangnya ramai di antara kita pada hari ini lalai dalam menggunakan pemberian ALLAH itu dalam kerja2 maksiat, sehinggakan timbul rasa ego dan tinggi diri (sombong) dengan pemberian2 itu........janagnlah kita sesekali mencampakkan diri kita ini ke lembah kehinaan dan seksaan ALLAH itu......
ayuh kita sama-sama perbaiki diri kita....apa yang diberikan oleh ALLAH ini adalah untuk menggalas tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita, bagi menguatkan keimanan dan ketaqwaan kepada kita dalam menumpuhi dunia yang sementara ini...maka bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah dengan pemberian ALLAH yang tidak terhingga ini.....mulakan dengan membasahkan bibir melembutkan lidah dengan ucapan ALHAMDULILLAH, zahirkan kesyukuran kita dengan menggunakan pemberianNYA ini dengan mematuhi segala perintahNYA serta mentaatiNYA....mudah2an kita ini tergolong dalam golongan yang sedikit itu....amin....


wallahuaalam

No comments:

Post a Comment