Monday, September 28, 2009

Ramadhan berlalu...Syawal menjelma...renungan bersama

"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..." surah Al-Baqarah:183

eh orang da masuk syawal, da raya da pon...tapi aku tetap nak cakap pasal puasa jugak..
papepon SELAMAT HARI RAYA walopon time aku tulis ni da masuk 9 Syawal...salah silap harap dimaafkan...

semua maklum HARI RAYA tu hari KEMENANGAN...emm kemenangan ape yang kita semua sambut ye???...ayuh kita sama2 renungkan...

perang BADAR berlangsung time RAMADHAN...dan diMENANGI oleh tentera ISLAM pada waktu itu..
persediaan perang KHANDAK juga berlansung dalam bulan RAMADHAN..dan diMENANGI oleh tentera ISLAM juga..
KOTA MAKKAH akhirnya berjaya diBUKA oleh ISLAM...segala kejahilan di sekeliling kaabah dihapuskan...yang lebih manis ianya berlaku di bulan RAMADHAN...
rentetan secebis kisah ini sudah cukup tuk menggambarkan betapa hari RAYA yang disambut mereka cukup bermakna...inilah KEMENANGAN HAKIKI pejuang-pejuang ISLAM terdahulu...

ape pula KEMENANGAN YANG KITA RAIKAN???....Palestin masih dikongkong yahudi, umat Islam terus ketinggalan dalam serba serbi hal, dilabel sebagai TERORIS sedangkan ISLAM itu sendiri adalah SEJAHTERA...jadi dimana KEMENANGAN itu...

ia ada pada keTAQWAan kita...berjayanya kita apabila berjaya mengukuhkan TAQWA kita pada ALLAH SWT...sebagaiman telah ditunjukkan pejuang2 terdahulu menerusi siri kejayaan demi kejayan umat ISLA pada waktu itu yang dipimpin oleh manusia agong MUHAMMAD RASULULLAH saw....

tapi bagaimana kita hayati ramadhan kali ini...
kita sanggup beTERAWIH berJEMAAH...malangnya bagaimana pula SOLAT FARDHU kita..adakah berjemaah???...
bilamana ramadhan tiba..kita sibuk SHOPING BAJU RAYA, KUIH RAYA dll...tengokla mlm2 akhir ramadhan terawih da kurang, surau da lengang...seolah2 kita sambut ramadhan UNTUK RAYA...
bilamana ramadhan datang..kita biasa dengar ramadhan sebagai bulan LATIHAN dalam membentuk insan bertakwa...emm kalaula setiap ramadhan jadi medan latihan bermakna sia-siala ramadhan kita...yela seolah2 latihan yang kita LALUI SELAMA SEBULAN itu tak terkesan...sepatotnya ramadhan bukan setakat nak latih diri tapi sebagai TRANSITION STATE tuk kita NAIK KE LEVEL YANG LEBH TINGGI dalam kita mentaati ALLAH dengan beriman dan bertaqwa sepenuhnya berbanding diri kita sebelom ramadhan itu...

...adakah ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir buatku...samada kita sempat atau tak tuk ramadhan akan datang, tu bukan kerja kita...tp jika peluang itu terus diberikan oleh ALLAH gunalah sebaiknya peluang itu...mudah2an kita menjadi orang yang bertaqwa...dan inilah KEMENANGAN yang sebenar yang kita sambut pada hari raya...

renungan tuk diri sandiri...moga bulan2 mendatang menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ramadhan yang baru je berlalu...amin...

No comments:

Post a Comment