Thursday, August 11, 2011

JANGAN MENCARI YANG SEMPURNA......by DR FADZILAH KAMSAH


BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu

LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar keperluanmu. ...

Apabila sekali ia retak....

tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


(teringat kata2 ust muhammad semasa forum ramadan di kolej kediaman Ibnu Sina UM....katanya.....pilihla wanita yang mempunyai keinginan yang kuat untuk berubah dan menjadi wanita solehah...maka kamu (lelaki @ suami) menjadi pembimbingnya....bukan dipilih berdasarkan latar belakang akademik @ kerjayanya.....hatta wanita berkelulusan akademik dalam bidang agamapun belum tentu punyai keinginan untuk berubah dan perbaiki diri......)

1 comment: