Sunday, December 11, 2011

Bedah Buku 'APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM'.........SIRI 1




SAYA MESTILAH ISLAM DARI SUDUT AQIDAH


Assalamualaikum.....hee...lame x update....kali ni tukar mood sket....nk bedah buku pulak (ni pon sebab bg ceramah ritu..klo x...xsentuh buku ni...hohoho).....so...to me...dis book should be buku WAJIB BACA buat kita semua.......tulisan Fathi Yakan banyak bekarya mengenai dakwah, pemasalahn umat hinggalah kepada kebangkitan gerakan Islam..so..dis just summary of a part of dis book....selamat...

Aqidah merupakan syarat pertama bagi kita untuk mengakui diri kita sebagai seorang muslim. Aqidah berasal daripada ‘aqad’ yakni ikatan atau simpulan, dari sudut istilahnya, kepercayaan yang terikat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak akan tercerai atau terurai. Kita mungkin merasai diantara kita dan ibu bapa kita, ada ikatan yang membuatkan kita menyatakan mereka itu adalah ibu bapa kita. Begitu juga halnya bila kita bercakap mengenai aqidah. Ikatan yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan ikatan diri kita, sebagai seorang hamba, dengan Alllah s.w.t.,sebagai tuhan yang menciptakan.

Bila mana kita membicarakan mengenai aqidah, kita tidak dapat lari dari mengatakan berkenaan dengan tauhid, iman, islam, akhlak dan ihsan. Mereka ibarat keluarga yang menguatkan dan memgukuhkan lagi aqidah kita.

Apakah cirri-ciri aqidah? Terbahagi kepada tiga iaitu “ma’rifatullah” iaitu mengenali Allah s.w.t kerana Dialah tuhan yang disembah yang menjadikan kita di dunia ini. Seterusnya adalah “ma’rifaturrisalah” iaitu ilmu dan kepercayaan kita kepada kerasulan, iaitu sebagai utusan Allah s.w.t yang diutuskan kepada kita, umat manusia, untuk membawa kita mengenali Allah s.w.t serta mengajar kita tujuan hidup kita di dunia ini. Dan akhir sekali adalah “ma’rifatulba’th” iaitu mengenali tentang hari akhirat. Hal ini sangat penting kerana akhirat merupakan destinasi yang kita tuju, telah tersedia di sana ganjarannya, syurga dan neraka, malah jalan-jalan ke sana juga cukup luas terhidang.

Daripada buku ini, terdapat 19 perkara yang mana kita sebagai manusia perlu beriman dengan sepenuhnya ;
1) Beriman bahawa alam ini dicipta oleh Allah s.w.t yang Maha bijaksana, Maha berkuasa, Maha mengetahui serta Dia tidak memerlukan pertolongan dari sesiapun.
2) Beriman bahawa allah tidak menciptakan sesuatu itu sebagai sia-sia. Setiap sesuatu itu ada hikmah, tujuan, peranan dan manfaatnya yang tersendiri yang mana bila diukur dengan akal yang cetek yang kita miliki, banyak yang tidak kita ketahui.
3) Beriman bahawa Allah s.w.t menurunkun kitab-kitab kepada rasul-rasulNya sebagai panduan untuk umat manusia mengenali Allah s.w.t, mengajar manusia tujuan hidup di dunia ini, supaya manusia mengetahui asal usul dan ke mana hala tuju kita.
4) Beriman bahawa kita dijadikan Allah adalah untuk mengenaliNya dan mentaatiNya serta beribadah kepadaNya.
5) Beriman bahawa balasan untuk setiap manusia itu adalah syurga, yakni bagi mukmin yang taat, dan neraka, yakni bagi yang kafir
6) Beriman bahawa manusia yang melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Pun begitu, semua itu tidak akan terjadi tanpa izin Allah s.w.t.
7) Beriman dengan setiap undang-undang yang diciptakan Allah s.w.t adalah hak mutlak milikNya. Apa yang boleh ulama’ islam lakukan adalah berijtihad mengeluarkan hukum berdasarkan nas-nas dan syari’at serta tidak melampaui batas-batas yang diizinkan.
8) Mengetahui nama-nama Allah s.w.t dan sifat-sifat Allah s.w.t yang layak bagi kemulianNya.
9) Berfikir dan merenungi kehebatan kejadian-kejadian ciptaan Allah s.w.t dan bukannya memikirkan hal-hal berkaitan zat-zat Allah s.w.t, yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita, dan ia adalah salah satu suruhan Rasulullah s.a.w
10) Sentiasa berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t yang Maha sempurna sifat ketuhananNya.
11) Mengakui pendapat dan pandangan salaf adalah lebih utama untuk diikuti dalam menyelesaikan perbahasan tentang ayat-ayat Allah s.w.t.
12) Mengabdikan diri hanya kepada Allahs.w.t.
13) Takut hanya kepadaNya sehinggakan perasaan takut itu menyebabkan kita menjauhkan diri dari laranganNya.
14) Sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan berzikir.
15) Mencintai Allah s.w.t. dengan sebenar-benar cinta sehinggakan hati ini sentiasa rindu dan terikat kepadaNya hingga sanggup bekorban apa saja di jalanNYa.
16) Sentiasa bertawakkal kepadaNya.
17) Sentiasa mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung banayaknya kerana bersyukur itu adalah tanda kemuliaan adap seorang penerima kepada pemberi.
18) Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepadaNya bagi membersihkan dosa, memperbaharui taubat dan iman kita serta dapat merehatkan dan menenangkan jiwa kita.
19) Sentiasa merasai muraqabah (berada dalam pengawasan ) Allah s.w.t., samada secara terang ataupun tersembunyi.

Semoga dengan ilmu yang kita timba dari buku ini dapat kita amalkan dengan sebaiknya bagi memperteguhkan lagi kekuatan ikatan yakni aqidah kita, sebagai seorang hamba, kepada Allah s.w.t yakni tuhan Yang Esa yang menciptkan kita. Wallahua’lam.